Asma' Al Husna





Free Site Counters
Web Counter


Renungan

Firman Allah Taala yg bermaksud : "Apabila dikatakan kepada mereka "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu.
- An Nisaa', 61



KELAS AL QURAN DAN IMPLIKASI KEPADA MASYARAKAT ISLAM MASA KINI
Guru :
1) Ust Wan Ji
2) Ust Ridzwan
3) Ust Nasir Zakaria
Hari : Setiap Selasa
Masa : 9.30 malam
Anjuran : Pasti Little Mukmin
Tempat : Pasti Little Mukmin
* SEMUA DI JEMPUT HADIR *

PROGRAM TARBIYYAH
Hari : SETIAP JUMAAT MALAM SABTU
Pengerusi : Ust Wan Ji
(Timb Ketua DPP Subang)
Masa : 9.30malam
Tempat : Pasti Little Mukmin
*PEMUDA ISLAM DIJEMPUT HADIR!*
MUKTAMAR PAS KAWASAN SUBANG
Tempat : Markaz PAS Lorong Beringin, Kuang
Tarikh : 1 Mei 2007
Masa : 9 pagi
Kepada semua ahli PAS, diharapkan anda menghubungi Ketua CAW terdekat untuk maklumat selanjutnya
Berjuang utk menegakkan Syiar Islam kerana Allah dan Rasul bersama Jemaah Islam PAS

SEMUA DI JEMPUT HADIR





----------------

PAUTAN WEBSITE

Aktiviti DPP Subang : MESTI KLIK!
Zakat Selangor
Parti Islam Se Malaysia
Traung Kite
Harakah Daily
MarangDaily.Net
Download Screen Saver
Techies World
Children's Bookstore Must Visit
Muslimah Corner
Info cuaca

SQL Server Community

Dengar Quran

Bantah kpd yg hina Nabi

Klik http://wtv8.tv
Koleksi Nasyid Ahmad Kamil
Web Selangor Baru
Kenal Al Quran
Dewan Pemuda PAS Pusat
Info Palestine
FILE MUST DOWNLOAD
APAKAH PATUT SEORG MUSLIM PERTIKAI HUKUM ALLAH TAALA?

----------------


ARCHIEVES

<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

----------------


Haddad Alwi - I'tiroof


----------------

Disclaimer

Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang berharap dengan adanya komen, teguran serta cadangan yg telah diberikan boleh membina serta menyatukan umat Islam dimasa hadapan. Sila e-mail ke dppsubang@yahoo.com.my





----------------


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed


Monday, July 21, 2008
muzakarah.. sekadar pendapat..

salam semua...

tulisan dibawah adalah dari seorang ustaz di subang.. beliau begitu aktif didalam penyebaran dakwah di subang dan di sekitarnya... saya tertarik dengan tulisannya maka saya masukkan didalam blog ini..

Pernyataan peribadi saya selaku penulis blog ini yg kurang arif bab2 agama dan politik tanahair.. Seperti yang saya jangkakan selepas PRU12, isu muzakarah UMNO-PAS akan berlaku. Perlu kita lihat sejauhmanakah UMNO ingin bermuzakarah dengan PAS dalam mengembalikan Kesucian Islam yg dicemari oleh UMNO selama 50 tahun merdeka, Keadilan Rakyat didalam mengatasi isu DSAI, Menghormati Agama Islam (yg juga agama pemimpin2 UMNO), Menghormati Bangsa lain seperti yang dianjurkan oleh Islam dsb.  

Semua pihak tidak perlu membuat andaian seperti yang dilakukan oleh sebuah akhbar hari ini. Perlu diingat Majlis Syura Ulama' PAS Pusat tidaklah sama seperti Majlis Tertinggi UMNO. Kerana MT UMNO hanya mengatur strategi survival karier politik mereka tanpa mengambil kira nas dan dalil yang sah dari Al Quran dan Al Hadith. Walaubagaimanapun, institusi Majlis Syura Ulama' perlu mengambil pengiktibaran positif dalam hal yang disebutkan di akhbar tersebut..

Namun apa yang saya boleh ungkaikan kecelaruan ini berlaku kerana umat melayu islam sendiri masih lagi gagal untuk meletakkan diri mereka sebagai seorang insan yang beragama dan semestinyalah saya mengkhususkan kepada penulis akhbar tersebut.

Yang jelasnya, Perjuangan Islam adalah perjuangan yang hakiki yang mana Allah Taala mengaturkan yang terbaik untuk agama-Nya. PAS memang terlalu komited dengan dasar perjuangan Islam ini.  Nabi SAW telah lama bersabda "Aslim Taslam". Hadith ini, walaupun pendek tetapi maknanya amatlah mendalam.. Jika kita Islam maka kita akan selamat, jika parlimen kita di Islamkan maka negara akan selamat, jika masyarakat itu Islam maka masyarakat itu pasti selamat tanpa mengira bangsa, kaum ataupun agama...   

akhirnya, kepada parti2 pakatan rakyat (PKR dan DAP), berilah suatu sokongan yang padu kepada PAS didalam menangani isu Muzakarah ini kerana saya yakin bahawa PAS memang inginkan suatu yang terbaik untuk umat di malaysia ini tanpa mengira agama, bangsa, jantina dan peringkat umur...

UMNO tidak perlu memperbesarkan isu ini kerana sudah pastinya PAS inginkan UMNO menukarkan dasar parti mereka daripada toghut kepada Islam..

 

 

 

MUZAKARAH DITAYANGKAN DALAM TV

Mengikut tradisi PAS, sejak dahulu hingga kini sentiasa bersedia berbincang dan bermuzakarah dengan sesiapa sahaja dalam menentukan keuntungan Islam di Malaysia.

Pada zaman Ustaz Fadzil Nor dulu pun, sering kedengaran PAS mengajak UMNO bermuzakarah bagi membincangkan beberapa isu, terutama berkaitan dengan Islam dan bangsa melayu.

Pandangan peribadiku, muzakarah ini adalah satu tindakan yang baik, tetapi kadangkala dengan UMNO, bermuzakarah ini perlu diambil sikap berhati-hati.

Jika merujuk kepada sejarah, UMNO akan “mengkambing hitamkan” sesiapa sahaja yang tidak sehaluan fahaman politik mereka. maklumlah, kedegilan mereka seperti kedegilan Bani Israel yang telah dihadapi oleh Musa A.S.

Jika dikala PAS berkuasa di dua buah negeri, iaitu kelantan dan Terengganu, PAS ada menyeru UMNO bermuzakarah, tetapi ditolak oleh UMNO, kerana mereka merasakan bahawa mereka masih lagi kuat, lantaran masih wujud lagi orang-orang MCA dan MIC dalam pakatan mereka.

Di tahun 2004, bertambah jelas lagi kesombongan UMNO dalam berinteraksi dengan parti-parti lawan mereka, disebabkan kemenangan mereka ketika itu boleh disifatkan sebagai “sapu bersih”.

Di tahun 2008, terbukti UMNO telah jatuh menjunam. Jatuh mereka bukan disebabkan gugurnya calon-calon UMNO, tetapi ramainya gugur calon-calon cina dan India dari Parti MCA dan MIC.

Memandangkan UMNO ini dikuasai oleh bangsa cina dan India secara Proxy, menyebabkan kejatuhan MCA dan MIC memberi kesan besar terhadap UMNO itu sendiri.

Dengan kekalahan mereka di lima buah negeri, menyebabkan mereka seakan-akan mentikus. ”kereta” mereka sudah rosak teruk, dan kini mulalah mereka memandangkan kereta-kereta pembangkang yang kelihatan gagah, dan mula bertindak sebagai "makhluk perosak".

Ah.. itu mungkin sangka jahatku terhadap UMNO, tetapi kalau difikirkan dalam-dalam, tidak ada sangka baik terhadap UMNO, sebab bersangka jahat terhadap orang yang hina Islam adalah satu kemestian.

DALAM TV

Tuan guru Nik Abdul Aziz yang merupakan orang no 1 dalam PAS telah menyatakan kebimbangan beliau terhadap UMNO dalam muzakarah yang akan dilaksanakan.

Tengku Razaliegh juga keluarkan kenyataan, mencadangkan UMNO dan PAS bersatu selepas muzakarah diadakan. Mungkin dia ingat, PAS ni macam Semangat 46 dulu kot. Kalau PAS nak jahanam macam semangat 46, ikutlah pandangan tokoh politik bangang tu…

Padaku, kalau nak terselamat dari sebarang penipuan disebalik muzakarah yang akan diadakan, dicadangkan agar muzakarah ini ditayangkan di semua saluran TV media perdana Malaysia. Dengan ini, baru semua rakyat akan dapat melihat, siapakah yang sebenar-benarnya ikhlas dalam memperjuangkan agama dan bangsa di negara ini.

Kalau diadakan muzakarah ini secara tertutup, ianya akan melahirkan perbincangan dikalangan rakyat, yang dengan itu, kemungkinan besar akan timbullah berbagai-bagai cakap-cakap yang membawa kepada fitnah.

PENUTUP

Muzakarah dengan UMNO memang bagus, tetapi alangkah cantiknya kalau diadakan dulu muzakarah dengan PKR dan DAP. Muzakarah yang membincangkan untuk mencari titik pertemuan dalam berusaha mengharungi bahtera Pakatan Rakyat dalam memerintah Malaysia.

Wallahu ‘Alam

Sekian


Previous Page Next Page]