Asma' Al Husna





Free Site Counters
Web Counter


Renungan

Firman Allah Taala yg bermaksud : "Apabila dikatakan kepada mereka "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul", nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari mendekati kamu.
- An Nisaa', 61



KELAS AL QURAN DAN IMPLIKASI KEPADA MASYARAKAT ISLAM MASA KINI
Guru :
1) Ust Wan Ji
2) Ust Ridzwan
3) Ust Nasir Zakaria
Hari : Setiap Selasa
Masa : 9.30 malam
Anjuran : Pasti Little Mukmin
Tempat : Pasti Little Mukmin
* SEMUA DI JEMPUT HADIR *

PROGRAM TARBIYYAH
Hari : SETIAP JUMAAT MALAM SABTU
Pengerusi : Ust Wan Ji
(Timb Ketua DPP Subang)
Masa : 9.30malam
Tempat : Pasti Little Mukmin
*PEMUDA ISLAM DIJEMPUT HADIR!*
MUKTAMAR PAS KAWASAN SUBANG
Tempat : Markaz PAS Lorong Beringin, Kuang
Tarikh : 1 Mei 2007
Masa : 9 pagi
Kepada semua ahli PAS, diharapkan anda menghubungi Ketua CAW terdekat untuk maklumat selanjutnya
Berjuang utk menegakkan Syiar Islam kerana Allah dan Rasul bersama Jemaah Islam PAS

SEMUA DI JEMPUT HADIR





----------------

PAUTAN WEBSITE

Aktiviti DPP Subang : MESTI KLIK!
Zakat Selangor
Parti Islam Se Malaysia
Traung Kite
Harakah Daily
MarangDaily.Net
Download Screen Saver
Techies World
Children's Bookstore Must Visit
Muslimah Corner
Info cuaca

SQL Server Community

Dengar Quran

Bantah kpd yg hina Nabi

Klik http://wtv8.tv
Koleksi Nasyid Ahmad Kamil
Web Selangor Baru
Kenal Al Quran
Dewan Pemuda PAS Pusat
Info Palestine
FILE MUST DOWNLOAD
APAKAH PATUT SEORG MUSLIM PERTIKAI HUKUM ALLAH TAALA?

----------------


ARCHIEVES

<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

----------------


Haddad Alwi - I'tiroof


----------------

Disclaimer

Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang berharap dengan adanya komen, teguran serta cadangan yg telah diberikan boleh membina serta menyatukan umat Islam dimasa hadapan. Sila e-mail ke dppsubang@yahoo.com.my





----------------


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, July 22, 2008
Pemuda Subang Menyokong Penuh TGNA

Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali
Salmah Mat Husain
Mon | Jul 21, 08 | 7:19:24 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

"Itu perangkap namanya,"katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.

"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia...sepatutnya begitu," ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.

Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.

"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerjasama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata,"ujarnya.

Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.

"Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.

"Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka," ujarnya.

Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.

Katanya, kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.

"Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.

"Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian,"ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.

"Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari.

"Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,"ujarnya.

Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.

Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan. - mj/mks. _

Nota Dari DPP Subang :

Dari Sabda Nabi SAW "Aslim Taslam"...

Perundangan Islam, Negara Selamat.., Berpakaian secara Islam, kita selamat.., Kanun Tanah secara Islam, "tanah" akan selamat.. kita lah.., sistem pebankan secara islam, kita selamat.., berkehidupan secara islam, kita selamat...  UMNO tidak nampak semua ini.. 

Maka, sekali lagi DPP Subang Menyokong Penuh Statement Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS tanpa rasa jumud, asobiah dan ragu2.

 

 

 


web design
June 25, 2009   03:27 PM PDT
 
memang ada sesuatu yang di curigai ke
malaysia web design
June 23, 2009   12:14 PM PDT
 
komen memang megagumkan
hose reel system
June 2, 2009   03:54 PM PDT
 
aku tak sokong mana-mana pihak
Namebai pas
April 21, 2009   10:56 PM PDT
 
Kecewa dengan keputusan MB selangor,mengatakan Negeri Selangor tidak memerlukan DEB sedangkan ramai mahasiswa dan siswi kita di IPTA yang kurang dari segi kelayakan pun hari ini diterima masuk ke IPTA IPTA apa akan jadi selepas ini jika diberi kesamarataan dengan kaum lain, sedarlah Bahawa kita hanya di tunggang pakai oleh PKR, Kita perlu sedar dengan tektik kawan akan mejadi lawan.Hari ini kita perlu sedar kontraktor kontraktor dikawasan kita di kusai oleh kaum2 india bagaimana ini berlaku apakah tidak ada dari kalangan keluarga kita{Pas}.Saya amat kecewa dengan Kontrak2 yang diberi kepada orang umno yang kononya menyokong kita pada hari ini.Janganlah ibarat kera dihutan disusukan anak dikendung mati kelaparan. Kita perlu SEDAR dengan sandiwara Pemimpin kita apatah lagi PKR jangan sampai kami sendiri meluat dgn pemimpin kita. TAKBIRRR ALLAHU AKHBAR....
mai pas
April 17, 2009   07:26 PM PDT
 
Kecewa kita( pas) bercerita tentang perundangan pas walhal umno telah melaksanakan perundang islam sudah lama contohnya Perbankan islam yang sudah menjadi contoh kepada negara2 islam lain dan juga negara bukan islam,saya menjadi keliru bila di ajukan soalan oleh orang2 di luar sana terutamanya hal2 tanah dinegeri Perak yang mana kita meluluskan tanah kepada orang2 bukan islam,meraka menuduh kita tidak ubah seperti amerika menyokong yahudi untuk menuduki tanah2 orang islam.Dimanakah perjuangan asal kita yang dikatakan menegakan siar islam. Akhir sekali saya sering berhujah dng orang di luar sana tetapi bila saya di ajukan soalan bilakah Tuan GURU kita Nik Aziz akan meletakan jawatan sedangkan sudah 3 perdana menteri malaysia sudah bertukar inilah soalan2 yang agak susah saya nak jawap.
second home
April 1, 2009   05:32 PM PDT
 
apa yang dashat
museum exhibit
April 1, 2009   05:13 PM PDT
 
ye la dasyat tu
malaysia seo
March 31, 2009   07:46 PM PDT
 
dashat komen lu
NameAhli PAS Hati dah tak past
January 7, 2009   02:58 PM PST
 
Salam buat semua. Kanun tanah secara Islam. Tahniah Kg Baru di Perak yg kebanyakkan org cina dah dapt geran kekal sampai mampus cucu cicit depa. Kg org melayu MB perak buat terkial-kial. Betul kata org MB Perak sprti LEMBU CUCUT HIDUNG. Mana janji yg ditabur masa pilihanraya. piirahh. Saya org kg tersusun di Bt Gajah Perak, bilik balik kampung macam takuk lama aje. Mana kebajikan yg nak bela org susah. last2 org UMNO yg saya kata kafirun ( sprti amanat Hj Hadi Awang seketika dulu) yg datang ibu saya hingga selesai masalah. Sampai ke hari ini muka org PAS x nampak bayang. Dengar cerita tengah sibuk nak cari dan nak kumpul harta macam org UMNO masa perintah negeri dulu. Baru 10 bulan dah buat hal. belum lagi 50 tahun mcm UMNO. seluar dalam pun boleh tergadai. Saya mohon maaf menulis seperti ini. Tujuannya agar PAS selangor lebih berhati-hati. Tlg beri komen saya ini. Malu saya bila diajukan soalan seperti ini bila balik kekampung di perak. Ini adalah Fakta bukan auta. Saya berharap dan menyokong PAS agar PAS selangor merampas pentadbiran selangor satu hari nanti. salam wah sahlan
NameAhli PAS Hati dah tak past
November 27, 2008   12:08 PM PST
 
Kecewa dengan pemimpin PAS ketika ini, terutama di S'gor. Perjuang Islam hanya tinggal mat jenin aje(macam kat tok guru) Tok Nik pun sama aje dgn Pak Lah sama2 jaga menantu. Ingatlah PAS dan UMNO adalah satu bangsa dan agama( selagi mengucap kalimah syahadah) selagi itulah kita bersaudara dgn mereka. Kini saya merasa lebih takut bersama PAS yg semakin eksrem terhadap kawan di UMNO. Org DAP yg nyata menolak Islam menjadi kawan kita.Apa dah jadi. Saya takut kehilangan kepercayaan rakyat terhadap PAS. Kenyataan Tok Nik tidak berasas langsung dlm kenyataan Julai lalu. Takut pada bayang2 sendiri. Tahniah kpd abang Nasarudin Mat Isa yg mempunyai anjakkan minda yg memahami jiwa org2 muda yg perlukan perubahan. Teruskan. Kpd pemimpin lama kalau rasa2 dah habis idea, faham2lah utk angkat kaki. Kami sayangkan PAS supaya tak masuk muzeum ( seperti PKR laungkan pada UMNO ).
  

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home ]